Berita

Siaran langsung pelancaran Gerakan Hapus Akta Hasutan di Ubah TV malam ini

KUALA LUMPUR, 15 SEPT: Program pelancaran Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH) bermula jam 8.30 malam ini boleh diikuti secara langsung melalui rangkaian Ubah TV.

Antara pimpinan DAP yang dijadualkan hadir pada program kempen menghapuskan Akta Hasutan 1948 malam ini adalah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Naib Pengerusi Kebangsaan, Teresa Kok, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima, Pulau Pinang RSN Rayer dan pimpinan DAP peringkat Pusat dan negeri.

Sehingga hari ini lebih 20 indiviidu yang terdiri daripada ahli politik Pakatan Rakyat, wartawan, peguam, aktivis sosial, penceramah agama dan ahli akademik disiasat dan didakwa di bawah Akta Hasutan.

Untuk menonton siaran langsung pelancaran Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH), sila klik ke pautan ini.

Untuk mengikuti sebarang siaran program, wawancara, liputan khas, acara-acara yang dianjurkan DAP selain temubual eksklusif diterbitkan oleh Ubah TV, anda digalakkan mengikutinya di laman twitter @UbahTV.

Difahamkan, pelancaran Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) adalah permulaan kempen bagi menghapuskan Akta Hasutan dan ceramah penerangan bersana pelbagai program turut akan diadakan di beberapa negeri di seluruh negara.

Sementara itu, untuk mengikuti perkembangan kempen GHAH, info mengenai Akta Hasutan, arkib berita dan kenyataan media terbaru mereka, sila klik ke laman facebook rasmi GHAH. – Roketkini.com