Berita

Rumah mampu milik bermutu untuk rakyat Pulau Pinang

Gambar ehsan http://www.facebook.com/cmlimguaneng

 

GEORGE TOWN, 1 MEI: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Piuang telah Berjaya memperuntukkan RM500 juta untuk membina beribu-ribu unit rumah mampu milik yang

bermutu untuk golongan tidak berada di negeri tersebut.

 

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, selepas berusaha selama 4 tahun untuk mengumpulkan

dana, akhirnya kerajaan negeri berjaya memperuntukkan RM500 juta tersebut hasil daripada

penjualan tanah kerajaan secara tender terbuka dan juga urustadbir cekap, akauntabel dan telus

(CAT).

 

Katanya, jumlah RM500 juta itu merupakan jumlah yang paling besar diperuntukkan oleh

mana-mana kerajaan negeri di Malaysia untuk membina rumah mampu milik.

 

Menurutnya, Fasa 1 melibatkan pembinaan 12,000 unit rumah mampu milik di antara harga

RM72,500 dan RM220,000 di atas tanah seluas 200 ekar di Batu Kawan sumbangan Penang

Development Corporation (PDC).

 

“Demi memastikan pembeli daripada golongan tidak berada dapat memiliki rumah mampu

milik berkualiti, kerajaan negeri telah pun melantik pembina rumah milik yang paling baik di

dunia iaitu, HDB Singapore, untuk menjalankan pembinaan rumah mampu milik terbaik di

Malaysia.

 

“Kerajaan negeri PR memiliki impian mahu rakyat hidup bukan dalam satu kotak tetapi dalam

suatu kediaman rum ah yang bersih, hijau, selamat dan sihat untuk membesarkan anak-anak

kita,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, sejak mengambil alih tampuk

pemerintahan pada tahun 2008, kerajaan negeri berjiwa rakyat di bawah pimpinan Pakatan

Rakyat telah meluluskan pembinaan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah sebanyak

11,596 unit.

 

Katanya, pembinaan rumah kos rendah (RM42,000) dan kos sederhana rendah (RM72,500)

sekali gus menyangkal fitnah jahat pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa kononnya

kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak pernah meluluskan atau tidak mewajibkan atau tidak

membina sendiri rumah mampu milik kepada rakyatnya.

 

Di bawah kerajaan negeri dan agensi kerajaan negeri, projek perumahan kos rendah dan

sederhana rendah seperti berikut yang dibangunkan adalah seperti berikut :

 

 

 

 

Demi meneruskan usaha membantu rakyat Pulau Pinang yang kurang berkemampuan dengan

membina rumah mampu milik, Guan Eng yang juga Adun Air Putih berkata, kerajaan negeri

telah memulakan Fasa 2 pembangunan rumah mampu milik dengan mengenal pasti tambahan

tanah kerajaan, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang

Prai (MPSP) seluas 77 ekar di seluruh negeri Pulau Pinang.

 

Menurutnya, tambahan tanah 77 ekar itu adalah lebihan daripada 200 ekar yang telah

diperuntukkan lebih awal oleh PDC di Batu Kawan, Seberang Perai Selatan.

 

Tanah yang dikenalpasti mengikut daerah adalah seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Kerajaan negeri akan mengenal pasti lebih banyak tapak-tapak tambahan tanah untuk

pembinaan rumah mampu milik di bawah Fasa 3, juga untuk kesemua lima-lima daerah di

seluruh Pulau Pinang,” ujarnya.

 

Fasa 3 akan diumumkan tidak lama lagi. – Roketkini.com