Berita

Gaji minima tidak akan rosakkan ekonomi negara

KUALA LUMPUR 9 OKTOBER: Keengganan kerajaan BN melaksanakan tuntutan gaji minima menimbulkan persoalan apabila Bank Dunia secara jelas menyatakan bahawa perlaksanaan cadangan tersebut  akan merangsang ekonomi negara.

“Kesimpulannya sangat jelas, pelaksanaan RM1,100 gaji minima sepertimana cadangan Pakatan Rakyat hampir tidak akan memberikan kesan kepada ekonomi negara malah ia secara langsung mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing tidah mahir.”

Demikian ujar Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Thong dalam kenyataan medianya sebagai  maklumbalas terhadap status twitter Ahli Parlimen BN Kota Belud Abdul Rahman Dahlan.

Abdul Rahman dalam status twitternya pada 7 Oktober lalu mendakwa bahawa beliau telah menyemak cadangan gaji minima tersebut dengan Kementerian Sumber Manusia.

Beliau dalam status twitternya berkata, “Laporan Bank Dunia tidak seperti apa yang anda dakwa!”-  “checked wt Ministry of Human Resources thru @PKamalanathan. WorldBank report on min wage is not classified as u alleged!”

Kata Chin Tong, laporan Bank Dunia tersebut menyatakan bahawa perlaksanaan gaji minima ini akan menyebabkan firma-firma dan syarikat lebih cenderung untuk menggunakan khidmat pekerja separa mahir tempatan apabila jurang gaji antara pekerja tempatan dan pekerja asing  telah mengecil dengan ketara dengan pelaksanaan undang-undang gaji minimum.

Jelas beliau yang juga Setiausaha Hubungan Antarabangsa DAP, perlaksanaan ini akan mengurangkan tarikan relatif pekerja asing tidak mahir terhadap majikan.

“Seperti dalam mukasurat 69, laporan tersebut menyatakan bahawa permintaan terhadap pekerja asing akan berkurang apabila dasar gaji minima terutamanya pada taham RM900 ke atas digunapakai.”

Selain memberi kesan yang sangat minimal terhadap keputusan pelabur, Chin Tong berkata, ia cuma sebahagian kecil dari jumlah pelaburan mereka.

Jelasnya lagi, “Dalam muka surat 13 laporan Bank Dunia tersebut menyatakan, lokasi-ciri-ciri spesifik seperti infrastruktur dan lingkungan seliaan adalah pendorong utama bagi pelaburan asing (FDI)”

“Pakatan Rakyat telah berulangkali menggesa kerajaan untuk mendedahkan laporan Bank Dunia tersebut tetapi ia tidak dilakukan.”

Kebanjiran pekerja asing di Malaysia dengan kemasukan PATI yang semakin berleluasa telah menyebabkan pelbagai masalah termasuk sebagai salah satu punca berlakunya gejala rasuah selain mengganggu ekosistem saingan ekonomi tempatan.

Sumber dari laman web Kementerian Penerangan menunjukkan pada tahun 2011, Malaysia dicatatkan berada di tempat keenam di dunia pengiriman wang ke luar negara dengan aliran keluar sebanyak AS$7 bilion atau RM12 billion akibat kebanjiran pekerja asing di negara ini.-roketkini.com