Archive for November 26th, 2012

Wanita DAP Selangor mahu lebih banyak calon wanita bagi PRU13

Demi mengangkat martabat dan merealisasikan matlamat satu pertiga pembuat dasar terdiri di kalangan wanita, Wanita DAP Selangor mencadangkan parti supaya meletakkan lebih ramai calon wanita untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Bukan sahaja rosak, malah tidak boleh dibaiki – Tony Pua

Tony Pua dalam kenyataan medianya berkata demikian sambil mengulas tindakan penjualan tanah secara berleluasa pada harga yang teramat murah seperti yang didedahkan ADUN DAP Sekinchan, Ng Swee Lim.

“Belajar daripada kesilapan lalu, selesai segera pembahagian kerusi…”- Jimmy Wong Sze Phin

Beliau yang popular dengan jolokan Tiger Wong kerana kelantangan beliau menyuarakan hak rakyat, berkata DAP Sabah sudah hampir 100 peratus bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

“Wanita perlu diberi ruang lebih besar”- Siti Zailah

Mungkin golongan lelaki tak memahami. Wanita dia perlukan waktu rehat, dia juga perlukan hubungan yang rapat dengan anak. Dia mungkin tidak selesa bekerja jika hatinya risau terhadap keselamatan anak-anak. Sebab itu kita perlukan satu dasar, satu sistem sokongan yang mantap kepada wanita.

BN mesti batal Lynas jika rakyat didahulukan

DAP menyokong penuh segala usaha mempertahan dan memelihara alam sekitar termasuk mendesak kerajaan BN menghentikan segera operasi pusat pemprosesan nadir bumi Lynas, di Kuantan yang berisiko menyebabkan pencemaran radio aktif.

Belek…Kitar Semula Pembodohan UMNO

Kemampuan Pakatan Rakyat sudah terbukti menerusi kerajaan negeri yang ditadbirnya. Maka apa yang menyebabkan Najib Razak mahu menakutkan rakyat?

Najib, lepaskan jawatan Menteri Wanita jika tak mampu jamin keselamatan, hak wanita

Naib Pengerusi Wanita DAP Pulau Pinang, berkata, Najib perlu melepaskan jawatan “Menteri Wanita” jika masih malu atau enggan menangani serta mengulas tentang isu-isu jenayah, keganasan dan hak-hak wanita.

Berakhirnya era BN – Bahagian kedua Oleh Liew Chin Tong

Saya sebagai seorang pembayar cukai amat mengambil berat bagaimana cukai saya digunakan oleh kerajaan. Saya selaku pengundi yang berdaftar mahu lebih lantang bersuara mengenai bagaimana negara ini harus diurus dengan lebih baik.

Demokrasi adalah amalan seharian, bukan sekadar pilihanraya lima tahun sekali – Oleh Mazir Ibrahim

Dengan memgambil ungkapan de Soto berkaitan dengan akses, maka jelas bahawa tanpa akses kepada ruang dan aktiviti demokrasi, tak mungkin demokrasi dapat berjalan dengan baik. Rakyat mesti tahu dengan jelas bagaimana keadilan boleh ditegakkan, bagaimana keputusan yang bernas dapat diambil, bagaimana hak-hak rakyat boleh ditunaikan dan bagaimana mungkin taraf hidup dapat diperbaiki.

Ekonomi Cemerlang: Negeri BN Gagal Saingi Selangor

Selangor mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi berbanding negeri lain diikuti Sabah dengan nilai pelaburan RM4.84 bilion membabitkan 22 projek dan Sarawak sebanyak RM4.635 bilion dengan 20 projek.- Teresa Kok