Rencana

Ucapan Ketua Wanita DAP, Sdr Chong Eng

Konvensyen Wanita Kebangsaan DAP 2012

Hari ini merupakan satu hari yang bersejarah kerana hari ini adalah kali pertama Wanita DAP dan DAPSY mengadakan konvensyen bersama-sama. Hari ini, wakil-wakil dari bahagian Wanita DAP yang datang dari seluruh negara akan memilih pimpinan Wanita DAP Kebangsaan melalui mengundi, ini menunjukkan Wanita DAP telah mencipta satu lembaran yang baru!

Pada tahun 2006, ketika keluarga saya menemani ibu saya menziarah ke kampungnya, kami menggunakan jalan tar yang rata di dalam 德化巿, kami bertukar menggunakan jalan konkrit ketika meninggal pekan, jalan batu ketika di kawasan luar bandar, dan akhirnya jalan tanah merah ketika kami tiba di kampung; Pada pandangan saya, tahap perkembangan Wanita DAP pada hari ini seumpamanya memaju dari jalan batu ke jalan konkrit, menuju ke satu arah yang lebih luas, lebih kuat dan bersatu!

Lembaran baru ini adalah disebabkan rakyat menggunakan kuasa undi di tanggannya mengubah landskap politik negara ketika 308, ramai wanita memilih DAP sebagai platform dalam penglibatan politik. Oleh itu, saya ingin mengucapkan terima kasih atas keberanian rakyat yang memilih perubahan ketika pilihan raya ke-12 pada tahun 2008.

Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bekas pengerusi Wanita DAP: 陈翠水同志,骆瑞珍同志和温凤玉医生. Mereka membuka jalan untuk Wanita DAP, memimpin Wanita DAP melalui jalan tanah merah yang bengkang-bengkok, yang penuh cabaran. Wanita DAP tidak mungkin berkembang ke tahap hari ini sekiranya tiada pengorbanan mereka. Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin yang sudi menghadiri upacara pembukaan rasmi Wanita DAP pada hari ini.

Saya ingin berterima kasih kepada para pimpinan dalam menjayakan konvensyen pada hari ini, dan juga para pemimpin wanita wakil negeri dan bahagian yang berusaha menghubungi ahli-ahli di bahagian masing-masing menyertai konvensyen pada hari ini. Kaum wanita memikul tanggungjawab menjaga keluarga, banyak pengaturan perlu dibuat sebelum mereka bertolak untuk menghadiri konvensyen hari ini, dan di kalangannya mungkin yang perlu mengambil cuti dengan suaminya. Inilah sebabnya perkembangan kaum wanita dalam penglibatan politik lebih lambat berbanding dengan lelaki.

Kemajuan Wanita DAP sejak penubuhannya pada tahun 1972 mencerminkan status penglibatan kaum wanita di dalam masyarakat dan sector awam; Oleh itu, kami memerlukan perubahan untuk kerajaan memberi bantuan dalam penjagaan keluarga dan anak, supaya membolehkan lebih ramai wanita menyertai kerja-kerja sosial dan politik.

Sekiranya Kerajaan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan pusat, Wanita PR akan memberi keutamaan dalam perlaksanaan 5 perkara dalam agenda wanita:

1. Menambah kemudahan penjagaan kanak-kanak dan golongan warga emas, melaksanakan waktu kerja anjal, memberi elaun penjagaan kanak-kanak bagi kaum ibu yang berpendapatan rendah, menggalakkan ibu bapa untuk berkongsi kerja-kerja rumah dan menjaga anak-anak mereka bagi merapatkan hubungan mereka. Pada masa yang sama, ini akan memudahkan golongan ibu bapa yang bekerja mendamaikan kerja dan keluarga dan akan meningkatkan kadar pekerjaan kaum wanita.

2. Memberikan latihan pekerjaan, memberi insentif untuk wanita kembali ke tempat kerja, mengurangkan pergantungan kepada buruh asing dan menggalakkan perkembangan ekonomi

3. Menubuhkan Suruhanjaya bagi Kesaksamaan Gender, menyempitkan jurang jantina secara sistematik di pelbagai industri dan bidang

4. Menubuhkan Suruhanjaya bagi Pengurangan Keganasan Terhadap Wanita, memberi bantuan kepada mangsa keganasan dan mencegah keganasan secara sistematik

5. Mengubal undang-undang yang berunsur diskriminasi jantina

Pilihanraya umum ke-13 akan datang pada bila-bila masa, saya menyeru komrad-komrad Wanita DAP memberi sokongan yang sepenuhnya kepada parti dan Pakatan Rakyat, membantu parti dan Pakatan Rakyat memenangi lebih banyak undi, mendukung Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya.

Komrad-komrad Wanita DAP mempunyai tugas penting, kerana undi wanita akan menentukan pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional sebagai kerajaan pusat pada tempoh lima tahun akan datang. Komrad-komrad Wanita DAP harus berusaha menjelaskan corak pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat yang tidak rasuah, cekap, bertanggungjawab dan mesra rakyat  kepada rakan-rakan di sekeliling. Menggunakan pencapaian Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor dalam pentadbiran 4 tahun 8 bulan ini bagi menunjukkan kami mampu mentadbir urus dengan lebih baik daripada Barisan Nasional!

Komrad-komrad harus memberitahui rakan-rakan jangan takut untuk berubah, perubahan diperlukan untuk memansuhkan corak pentadbiran rasuah, menghapuskan industri pencemaran, mendukung corak pentadbiran yang mesra rakyat dan tidak menguntungkan kroni.

Barisan Nasional takut kepada perubahan kerana mementingkan keuntungan diri, mereka takut kepada Bersih, oleh itu, mereka menggunakan peristiwa 513 menakutkan rakyat. Akan tetapi, Sdr Lim Kit Siang telah mengatakan Pakatan Rakyat akan menghormati pilihan rakyat, dan pengerusi Bn Dato’ Sri Najib juga perlu membuat jaminan secara terbuka.

Tujuan kewujudan Wanita DAP adalah sebagai buaian yang memupuk pemimpin wanita yang ‘sensitive gender’, komrad wanita bukan sahaja berjuang untuk hak wanita sahaja, tetapi juga memerlukan keberanian untuk berhadapan dengan cabaran. Sekiranya dipilih sebagai calon di mana-mana peringkat pimpinan, mereka harus menerima cabaran, berusaha berjuang atau berusaha untuk menjadi calon, supaya boleh mewakili kaum wanita dalam penggubalan dasar.

Untuk Wanita DAP, konvensyen pada hari ini adalah satu lembaran yang baru, kami harus berusaha lagi, kami harus mengukuhkan lagi organisasi dengan meningkatkan bilangan ahli wanita, matlamat kami adalah 30% ahli daripada jumlah keseluruhan adalah ahli wanita, dan berkongsi 30% daripada beban kerja untuk parti dalam pilihan raya umum.

Untuk mencapai matlamat ini, kami memerlukan pemimpin yang bersedia menyumbangkan masa dan tenaganya menjalani usuran parti dan aktiviti wanita di seluruh negara. Kami memerlukan pemimpin yang berpengalaman dalam kepimpinan, dan juga pemimpin baru untuk bersedia menjawat jawatan penting pada masa akan datang secara sistematik. Saya yakin wakil-wakil pada hari ini akan membuat pilihan yang bijak, memilih pasukan pimpinan yang terbaik dalam tempoh tiga tahun akan datang.-roketkini.com