Berita

Tanah adat dirampas BN, suri rumah sertai DAP

GEORGE TOWN, 17 DISEMBER: Disebabkan tanah adatnya dirampas kerajaan Barisan Nasional (BN), seorang suri rumah bersama suaminya membuat keputusan menyertai DAP.

Libra Kundeng @ Jefrey yang mewakili Wanita DAP Merotai berkata, keputusan beliau dan suami menyertai DAP kerana rasa ditipu dan dianiaya kerajaan BN.

“Setelah tanah adat Landau yang didiami kira-kira 300 penduduk dimusnahkan BN, akhirnya saya dan suami membuat keputusan menyertai DAP kerana yakin DAP pilihan terbaik dan mampu memulangkan hak kami,” katanya.

Libra Kundeng berkata, belaiu kecewa dan sedih dengan tindakan BN itu seolah-olah kami menjadi pengemis di tempat kelahirannya sendiri, sebab itu kami mahukan keadilan untuk menuntut hak kami,

“Tanah yang didiami lebih 30 tahun itu musnah sekelip mata atas alasan kawasan itu dikatakan terletak dalam kawasan hutan simpan,” katanya ketika sesi perbahasan pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16.

Beliau juga mempertikaikan tindakan kerajaan negeri BN itu yang dengan mudah memberi ribuan hektar tanah kepada orang luar khasnya syarikat tertentu.

“Persoalannya, ‘syarikat’ sajakah yang ada perut, yang mau hidup senang? Kami sebagai Bumiputera pun ada hati perut juga, kami juga rasa lapar dan ada impian untuk hidup senang.

“Inilah wajah sebenar BN, benar kata mantan PM “syaitan yang kita kenali. Jadi memang tak guna lagi kita pilih BN. Seperti lirik lagu “cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini saja”. Memang ngam sekali lagu ini untuk BN,” katanya -Roketkini.com