Berita

Chandra Mohan dilantik senator

KUALA LUMPUR, 18 DISEMBER: Timbalan Pengerusi DAP Bahagian Hulu Langat, Chandra Mohan dan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali masing-masing hari ini mengangkat sumpah sebagai senator.

Aktivis pekerja, Chandra Mohan, 59, pertama kali dilantik dan manakala Syed Husin dilantik untuk penggal kedua selepas tempoh penggal pertama tamat pada 16 Disember lalu.

Pelantikan kedua-dua mereka berkuatkuasa hari ini. Upacara itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.- Roketkini.com