Berita

DAP ucap takziah kepada keluarga Lim Keng Yaik

KUALA LUMPUR, 24 DIS: DAP mengucapkakm takziah kepada keluarga Tun Lim Keng Yaik, 73, di atas kematian bekas Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi dan Presiden Gerakan itu di kediamannya di Petaling Jaya, semalam.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata Keng Yaik banyak berjasa kepada negara selama 27 tahun menjadi Presiden Gerakan dan dikenali seorang menteri yang lantang bercakap ketika dalam kabinet di bawah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad antara 1986 dan 2008.

Keng Yaik, 73, meninggal dunia kira-kira jam 5.13 petang dan meninggalkan balu, Toh Puan Wong Yoon Chuan dan tiga anak, termasuk Ketua Pemuda Gerakan, Datuk Lim Si Pin

“Keng Yaik juga suka berterus terang, berjenaka dan mudah didekati akar umbi meenyebabkan dia mampu bertahan sebagai Presiden Gerakan selama 27 tahun dan tidak pernah tewas kerusi Parlimen Bruas kepada DAP sejak 1986.

“Hanya selepas Keng Yaik bersara barulah kerusi Parlimen Bruas jatuh ke tangan DAP dengan majoriti undi yang kecil membuktikan mendiang begitu berpengaruh di kawasan itu,” kata Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan. – Roketkini.com