Berita

Aziz Sattar, Mamu Raja Lawak jemputan Festival P Ramlee Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 7 JANUARI: Kemuncak Malam P Ramlee sempena sambutan Festival P Ramlee Pulau Pinang anjuran Penang Institute akan berlangsung pada Ahad 13 Januari ini bertempat di Dewan Tunku ‘DOME’ Tingkat 5, Komtar, Pulau Pinang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Penang Institut, Zairil Khir Johari, acara malam kemuncak tersebut akan menampilkan beberapa persembahan menarik antaranya persembahan khas dari kumpulan Orkestra P Ramlee yang memang terkenal di negeri itu.

“Malam P Ramlee ini juga akan menampilkan kumpulan Mamu, anak Pulau Pinang yang berjaya menyertai program Raja Lawak Astro. Begitu juga dengan kumpulan kebudayaan Artistic Artist yang sentiasa hadir dengan pelbagai kejutan.

“Datuk Aziz Sattar akan didatangkan khas di malam ini dan beliau akan berkongsi pengalaman dan kisah beliau bersama P Ramlee,” katanya.

Selain itu tambahnya, hadirin akan dihiburkan oleh para Pemenang Pertandingan Karaoke P Ramlee dan Saloma Balik Pulau.

“Melalui Pesta Rakyat P Ramlee yang dianjurkan di Balik Pulau sebelum ini, kita berjaya mencungkil bakat-bakat muda yang diharapkan mampu bersinar segemilang P Ramlee,” ujar beliau.

Siapa sahaja yang berminat untuk memeriahkan majlis boleh membuat tempahan tempat duduk melalui PAUTAN INI, sebelum atau pada Rabu, 9 Januari 2013 jam 5.00 petang. Tempat duduk adalah terhad.

Kepada yang berjaya mendaftarkan diri, pihak penganjur akan memaklumkan status anda menerusi e-mel dan telefon pada 10 Januari 2013 (Khamis).

Aturcara Kemuncak Malam P Ramlee adalah seperti berikut:

7.30 malam Pendaftaran
8.00 malam Ketibaan dif-dif kehormat
8.25 malam Pembuka acara
8.30 malam Persembahan tarian Twist oleh Kumpulan Artistic Artist
8.35 malam Ucapan alu-aluan oleh Zairil Khir Johari, CEO Penang Institute Ucapan perasmian oleh  YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang
9.00 malam Jamuan makan malam bermula diiringi medley lagu-lagu P Ramlee olehOrkestra P Ramlee9.15 malam Persembahan sketsa oleh Mamu Raja Lawak
9.30 malam Nyanyian pemenang Pertandingan Karaoke P Ramlee
9.40 malam Pengkisahan P Ramlee oleh Ybhg. Dato’ Aziz Sattar
10.00 malam   Nyanyian pemenang Pertandingan Karaoke P Ramlee
10.10 malam   Penyampaian hadiah dan penghargaan
10.20 malam   Persembahan khas oleh Kumpulan Artistic Artist
10.30 malam   Majlis bersurai