Rencana

Menyambut hari wanita di peringkat akar umbi Oleh Jenice Lee Ying Ha

TAHUN ini adalah tahun kelima saya menyambut Hari Wanita sejak dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai.

Tahun lalu saya juga menganjurkan konsert, karnival wanita, seminar kesihatan dan lain-lain untuk meraikan sempena Hari Wanita.

Hari ini saya bersama Rafizi Ramli daripada PKR mengagih beg kitar semula kepada golongan wanita kerana menganggap wanita boleh memainkan peranan dalam memupuk sikap mencintai dan sayangi alam sekitar.

Atas kesedaran mengenai isu pemuliharaan alam sekitar (environment preservation) perlu dipupuk sejak remaja lagi.

Ibu selalu menjadi teladan kepada anak mereka, oleh itu ibu boleh mengajar anak mereka supaya mengasingkan barang buangan mengikut kategori iaitu yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh dikitar semula dan pada masa yang sama mengurangkan penggunaan beg plastik.

Membeli barangan keperluan harian keluarga selalunya menjadim tanggungjawab dan terletak sepenuhnya di bahu kaum wanita.

Sebab itu, sebaik sahaja Pakatan Rakyat berjaya memerintah negeri Selangor program hari tanpa ada beg plastik pada setiap Sabtu dilancarkan di negeri ini dan mengenakan syarat sesiapa yang memerlukan beg plastik mereka perlu membayar 20 sen bagi satu bag plastik.

Oleh itu, golongan wanita juga memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan penggunaan beg plastik.

Selain itu, saya juga meminta kerajaan Pusat mengadakan dasar supaya mewujudkan pusat penjagaan kanak-kanak secara mandatori di semua agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta yang ramai kakitangannya.

Dengan bantuan kerajaan Pusat penjagaan kanak-kanak, barulah golongan wanita boleh memberi tumpuan kepada kerja dan tugas mereka di pejabat.

Kerajaan negeri PR memberi keutamaan kepada golongan wanita, contohnya empat daripada 10 EXCO adalah wanita; timbalan speaker juga wanita dan baru-baru ini kerajaan negeri melantik wanita menjadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Datuk Bandar Petaling Jaya.

Ini adalah antara usaha kerajaan PR untuk memperkasakan golongan wanita.

(Jenice Lee adalah Adun Teratai)