Berita

Yang Dipertuan Agong rasmi pembukaan Dewan Rakyat ke 13

KUALA LUMPUR, 25 JUN: Majlis Istiadat Perasmian Pembukaan Dewan Rakyat ke 13 hari ini telah disempurnakan oleh Yang Di Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, di Dewan Bankuet Bangunan Parlimen.

Buat kali pertama dalam sejarah, pemeriksaan perbarisan batalion pertama Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD )terpaksa dijalankan di dalam bangunan Parlimen ekoran keadaan di luar yang tidak mengizinkan akibat jerebu di seluruh ibu kota.

Namun, tembakan meriam sebanyak 21 das tetap dijalan seperti biasa di luar bangunan Parlimen.

Menteri dan deligasi antarabangsa turut memeriksa dan menerima tabik hormat dari dalam bangunan.

Kesemua 222 orang Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional hadir berpakaian rasmi Parlimen.

Sidang Dewan Rakyat bermula secara rasminya semalam selepas Ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak mengangkat sumpah.

Sidang ke 13 ini kekal dikendalikan oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia setelah dilantik sekali lagi untuk penggal kedua.

Beliau bakal dibantu 2 Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee dan Datuk Ismail Mohamed Said yang juga Ahli Parlimen BN Kuala Krau. – Roketkini.com