Berita

DAP pecat tiga ahli

KUALA LUMPUR, 4 JULAI: DAP hari ini mengumumkan pemecatan tiga ahli berkuatkuasa 2 Julai lalu berdasarkan keputusan yang dibuat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai, berkata ketiga-tiga ahli itu telah merosakkan imej dan reputasi parti dengan kenyataan yang tidak berasas.

“Mereka membuat tuduhan liar dan langsung tidak berasas kepada parti. Ini termasuk dakwaan melulu mengenai ‘pengundi hantu’ pada kongres parti Disember tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiga ahli yang dipecat ialah David Dass a/l Aseerpatham, Richard a/l Francis Soosay dan Karthiyaini a/p Selvaraj

Bagaimanapun, menurut Kok Wai, ketiga-tiga mereka yang dipecat itu mempunyai 14 hari untuk merayu secara bertulis terhadap keputusan CEC seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Parti Fasa VII perenggan 3.-Roketkini.com