Berita

Masalah perkauman belum selesai walaupun Malaysia ditubuh lebih 50 tahun

teresa kokSEGAMBUT, 5 OGOS: Walaupun sudah lebih 50 tahun Malaysia ditubuhkan, rakyat negara ini masih dibelenggu dan dipisahkan berdasarkan kaum serta agama.

Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Pusat Komuniti DAP Cawangan Bandar Manjalara, semalam.

“Apa mesej yang kita berikan kepada generasi muda mengenai perpaduan negara?

“Di mana masih ramai yang ditangkap kerana tulisan dalam blog masing-masing membantu haiwan dan kanak-kanak perlu makan dalam bilik persalinan?,” soalnya merujuk kepada beberapa peristiwa yang berlaku baru-baru ini.

Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan kesal dengan tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang berterusan menjadikan DAP mangsa walaupun sudah berlaku jujur.

Pusat Komuniti DAP Cawangan Bandar Manjalara berhampiran Pusat Perniagaan Medan Putra adalah pusat ketiga yang dibuka di bawah Parlimen Segambut.

Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng berkata, pusat itu dibuka bagi memenuhi janji yang dibuat ketika Pilihan Raya Umum (PRU) lalu untuk membantu penduduk dan pengundi yang semakin meningkat di kawasan itu.

Majlis itu turut dihadiri Ahli Parlimen DAP Cheras, Tan Kok Wai. -Roketkini.com