Berita

Zairil sambut baik keputusan DAP, tawar diri calon CEC

zairil-300x225KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari menyambut baik keputusan parti untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dan menawarkan diri sebagai calon jawatankuasa itu.

“Bagaimanapun, saya ingin mengambil kesempatan menawarkan diri saya sekali lagi sebagai calon CEC. Biar pun pilihan perwakilan, saya tetap akan menerima dan akur dengan keputusannya.

“Saya berharap cuma satu iaitu agar perwakilan akan memilih calon yang terbaik berdasarkan kebolehan, keupayaan dan rekod prestasi mereka. Sesiapa pun yang berjaya, biar prinsip itu dikekalkan.

“Saya berharap DAP kekal berjuang demi masa depan Malaysia yang lebih demokratik, adil dan sejahtera,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut Zairil, sebagai ahli CEC yang mengambil bahagian dalam mesyuarat tergempar Rabu lalu beliau ingin menyatakan betapa berat dan sukarnya keputusan dibuat dan siapa sangka DAP akan dihukum dan dimangsakan dengan sewenang-wenangnya walaupun tidak bersalah.

Katanya, seperti yang sudah diterangkan, CEC bersetuju mengadakan pemilihan semula demi mengelak mungkin pendaftaran parti dibatalkan, bukannya mengaku seperti yang didakwa beberapa pihak.

Beliau berkata, pelbagai tuduhan liar termasuk dakwaan 753 orang perwakilan yang kononnya dinafikan hak untuk mengundi dan 547 orang “perwakilan hantu”, serta kewujudan “Father Augustus Chen” tidak pernah dibuktikan dan merupakan rekaan jahat musuh politik DAP semata-mata.

Zairil berkata, pada detik yang amat genting ini, di mana kewujudan parti diancam oleh sebuah rejim yang lantang menyalahgunakan kuasa, pucuk pimpinan parti tidak mempunyai pilihan lain melainkan bertindak sedemikian bagi mengelak parti dibatalkan pendaftaran.

Katanya, seperti yang sudah diterangkan, CEC bersetuju mengadakan pemilihan semula demi mengelak kemungkinan parti dibatalkan, bukannya sebagai mengekaui seperti yang didakwa beberapa pihak.`

“Segala tuduhan liar termasuk dakwaan 753 orang perwakilan yang kononnya dinafikan hak untuk mengundi dan 547 orang “perwakilan hantu” , serta kewujudan “Father Augustus Chen” tidak pernah dibuktikan dan merupakan rekaan jahat musuh politik DAP semata-mata.

“Tambahan pula, sehingga ke hari ini, pihak Pendaftaran Pertubuhan (ROS) masih belum memberi sebarang sebab atau penjelasan untuk mewajarkan tindakan yang diambil, di samping gagal menunjukkan peruntukan manakah dalam Akta Pertubuhan 1966 yang memberi kuasa untuk menghukum DAP dengan tindakan sedemikian.

“Malah, Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman juga enggan bertemu dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang telah berkali-kali menuntut penjelasan daripada ROS,” tambahnya.

Zairil berkata, permintaan DAP kepada ROS daripada rmula sehingga sekarang adalah mudah dan munasabah serta sekiranya benar DAP bersalah, buktikan sahaja

Katanya, hakikatnya, DAP tidak melakukan apa-apa kesalahan mengikut mana-mana undang-undang, termasuk Akta Pertubuhan 1966.

Menurut beliau, kesilapan teknikal yang berlaku ketika pengumuman keputusan pemilihan pada Disember tahun lalu telah diperbetulkan, selain kesilapan yang tidak sengaja itu, seluruh proses pemilihan telah dijalankan secara teratur dan bersih.

Malah, katanya, keputusan yang sebenar sudah diperakui oleh sebuah firma akauntan yang diminta menyemak semula undian yang dibuat.-Roketkini.com