Berita

Keliru! Al-Kitab boleh guna kalimah Allah, The Herald tak boleh?

KUALA LUMPUR, 18 OKTOBER: Keputusan kerajaan membenarkan penggunaan kalimah “Allah” di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) merupakan satu pengesahan bahawa keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan adalah lemah.

Keputusan ini seolah-olah telah mewujudkan dua jenis undang-undang melibatkan isu yang sama di Malaysia Timur dan Malaysia Barat.

Persoalan besar yang kini timbul di kalangan masyarakat ialah jika sekiranya akhbar mingguan Katolik, The Herald tidak boleh menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan berbahasa Melayunya, bagaimana pula dengan penerbitan Al-Kitab yang dibenarkan menggunakan kalimah itu?

“Keputusan kerajaan dalam mesyuarat Kabinet Rabu lalu yang membenarkan kalimah Allah digunakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak termasuk penggunaan Al-Kitab dalam Bahasa Melayu secara langsung menimbulkan kekeliruan banyak pihak.

“Di Sabah dan Sarawak, penganut Kristian boleh menggunakan Allah dan bahasa Melayu dalam upacara keagamaan tetapi bagaimana jika mereka yang berada Semenanjung samada untuk bekerja mahu pun melancong?,” soal Pua merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berhubung perkara itu.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu menyifatkan kekeliruan hasil dari keputuan Mahkamah Rayuan itu merupakan satu jenaka di peringkat antarabangsa.

“Sudah tiba masanya Perdana Menteri untuk menyelamatkan negara dan reputasi beliau sebagai seorang muslim moderat,” ujar Pua.-Roketkini.com