Berita

Sebaran SMS palsu, arah peserta himpunan TURUN gunakan kekerasan

KUALA LUMPUR, 1 JANUARI: Dalam kemeriahan ribuan rakyat berhimpun secara aman menyatakan bantahan terhadap tindakan kejam kerajaan menaikkan harga barangan di Dataran Merdeka semalam, terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab cuba mencetuskan provokasi melalui kiriman SMS palsu.

Camera 360SMS berupa arahan itu menggesa rakyat melakukan kekerasan dan segera menghumbankan kerajaan.

Penghantar SMS terbabit antaranya mendakwa daripada badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan mantan calon PKR Sungai Acheh pada PRU lalu, Badrul Hisham Shaharin.

Kiriman SMS itu pada mulanya dinyatakan seorang peserta yang enggan mendedahkan butiran diri, beliau menerimanya kira-kira jam 11 malam.

“SMS berbaur provokasi itu mengarahkan saya agar menggunakan kekerasan jika perlu terhadap beberapa kumpulan yang didakwa di upah BN,” katanya.

Wartawan Roketkini kemudian turut menerima beberapa SMS daripada dua nombor yang tidak dikenali.

Camera 360Berikut adalah isi kandungan sebaran SMS palsu yang diterima:
1. SAMM menyeru rakyat di dataran ini agar menjaga keselamatan dan kalau perlu serang dengan kekerasan budak2 motor, Punk dan Skinhead yang diupah oleh BN.

2. Tahun baru sampai awal, kibarkan bendera sang saka, jalur gemilang telah lapuk. Gulingkan dan humban kerajaan sekarang malam ini juga.

Terdahulu, pihak terbabit turut menyiarkan kenyataan fitnah yang didakwa daripada Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Fitnah jahat yang kononnya daripada laman sosial Twitter milik peribadi Mahfuz itu menyatakan PAS akan membayar RM100 kepada peserta yang hadir dalam himpunan TURUN menjelang tahun baru. -Roketkini.com