Berita

Kit Siang sambut baik maklum balas BN terhadap sekretariat bersama

YONG PENG, 24 JANUARI: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengalu-alukan maklum balas Barisan Nasional (BN) terhadap cadangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) supaya membentuk membentuk sekretariat bersama bagi menyelesaikan beberapa perkara bagi meredakan ketegangan kaum.

Beliau berkata, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider bahawa cadangan pemimpin PR itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi BN, hari ini.

“Saya mengalu-alukan maklum balas segera BN itu dan berharap Majlis Tertinggi BN akan memberi tindak balas positif kepada cadangan PR bagi sidang kemuncak pemimpin kedua-dua pakatan untuk memastikan rakyat Malaysia tidak mencetuskan satu lagi tragedi rusuhan kaum 13 Mei.

“Walaupun ada pihak tidak bertanggungjawab dengan bertindak melulu untuk menghasut kebencian kaum dan agama, konflik dan ketegangan untuk mewujudkan satu lagi tragedi 13 Mei di negara ini,” katanya dalam kenyataan media sempena lawatan Tahun baru Cina di Yong Peng, semalam.

Cadangan pemimpin Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, PAS dan DAP kerana kasih sayang dan semangat patriotik Malaysia mereka dan berharap bahawa pemimpin BN juga boleh terdorong sama dan memberi tindak balas positif.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, jika Majlis Tertinggi BN memberi tindak balas positif esok, beliau mencadangkan agar BN dan PR membentuk sekretariat bersama terdiri daripada tiga wakil untuk menentukan tarikh, tempat dan agenda Sidang Kemuncak itu.

“Saya yakin semua rakyat Malaysia mengharapkan Sidang Kemuncak pertama pemimpin BN dan PR itu menjadi kenyataan.

“Pemimpin PR mencadangkan agenda itu untuk memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa tidak akan berlaku satu lagi tragedi 13 Mei. Sidang Kemuncak juga boleh menyelesaikan beberapa masalah lain yang berbangkit termasuk perpaduan nasional dan pembinaan negara, ekonomi, pendidikan, keselamatan dan rasuah yang semakin buruk di negara ini,” katanya.-Roketkini.com