Berita

Speaker DUN sahkan Adun Kajang letak jawatan

SHAH ALAM, 27 JANUARI: Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh mengesahkan perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh berkuatkuasa hari ini.

“Pada hari ini 27 Januari 2014, saya telah menerima perletakan jawatan daripada Adun Kajang, YB Lee Chin Cheh. Beliau telah datang berjumpa dengan saya dan menyerahkan surat perlepasan keahliannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata Ahli Parlimen DAP Subang Jaya itu, menurut Perkara 68 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor LXVIII, Adun boleh melepaskan jawatan melalui surat yang ditandatanganya kepada Speaker.

“Dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa kerusi N25 Kajang telah dikosongkan pada hari ini,” katanya lagi.

Katanya lagi, beliau akan memaklumkan hal itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) secara bertulis, selaras dengan Fasal (5) Perkara (70) Undang-undang Tubuh Negeri, yang mengatakan kekosongan luar jangka perlu diisi dalam masa 60 hari. – Roketkini.com