Berita

Masyarakat Cina diseru bekerjasama dengan kaum lain memastikan Malaysia maju, makmur, progresif dan kompetitif

KUALA LUMPUR, 29 JANUARI: Ketua Parlimen DAP menyeru rakyat keturunan Cina bekerjasama dengan rakyat keturunan lain bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang berjaya, progresif, makmur dan kompetitif.

Beliau juga Selamat Tahun Cina Kuda kepada semua rakyat Malaysia berketurunan Cina dan kaum lain yang juga meraikan Tahun Baru Cina.

Katanya, ini adalah ciri-ciri yang unik Impian Malaysia, di mana peningkatan jumlah rakyat yang mengambil bahagian dalam perayaan etnik dan agama berbeza.

“Ketika lawatan Tahun Baru Cina ke Johor, membabitkan lima kerusi Parlimen dan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri DAP selain Jementah, saya juga mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada orang Melayu dan India tanpa mengira bangsa, agama, kawasan atau kepercayaan politik, kerana kita semua tergolong dalam satu Keluarga Besar – Keluarga Malaysia!

“Rakyat Malaysia perlu berusaha mewujudkan Malaysia yang lebih besar daripada semua perayaan etnik dan agama yang berbeza – berdasarkan nilai yang besar dan kemuliaan yang diajar semua agama dan bangsa,” katanya dalam kenyataan media sempena perutusan Tahun Baru Cina, hari ini.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, beliau percaya sebahagian besar rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama, kawasan atau kepercayaan politik, tidak mahu satu lagi peristiwa 13 Mei di negara ini berulang

Menurutnya, majoriti rakyat Malaysia mahukan tadbir urus yang baik, akauntabiliti dan ketelusan dalam hal ehwal awam; tidak bertolak ansur terhadap rasuah sehingga meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang paling korup mengikut Indeks Persepsi Rasuah.

“Sebaliknya mereka mahu Malaysia menjadi sistem ekonomi mampan dan berdaya saing yang boleh membawa kemajuan dan kemakmuran untuk semua rakyat Malaysia dan sistem pendidikan meritokrasi diiktiraf di seluruh dunia sebagai melahirkan pelajar yang bertaraf dunia dalam penilaian antarabangsa dan tidak lagi terperangkap dalam kemerosotan ujian pendidikan antarabangsa.

“Saya masyarakat Cina di Malaysia bersama etnik lain bekerjasama membina masa depan negara yang lebih baik untuk generasi baru,” ujarnya.

Beliau berkata, rakyat harus bercakap sebagai perajurit bagi menyelamatkan Malaysia daripada komplot dan reka bentuk durjana sekumpulan kecil pengkhianat yang ingin menjejaskan kestabilan negara melalui hasutan dan sentimen perkauman dan agama bagi mencetuskan satu lagi tragedi 13 Mei.

Katanya, masyarakat sivil perlu menyusun dan melancarkan kempen “kasih sayang dan menyelamatkan Malaysia” daripada persengketaan antara kaum dan agama, yang merupakan pra-syarat sekiranya Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang berjaya, progresif, makmur dan berdaya saing di dunia.-Roketkini.com