Berita

Terus doakan keselamatan MH370

gambarlksSEPANG, 10 MAC: DAP turut sama berdukacita dengan tragedi kehilangan pesawat MH370 dan mendoakan keluarga anak kapal dan penumpang penerbangan itu diberikan kekuatan untuk menempuhi waktu yang getir ini.

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang semalam sempat meluangkan masa menemui waris dan ahli keluarga penumpang MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau memberikan kata-kata semangat kepada mereka yang terbabit selain menekankan bahawa semua persoalan harus ditangguhkan, dan memberi tumpuan kepada usaha mencari dan menyelamatkan pesawat serta penumpangnya.

Kit Siang ditemani EXCO Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Kehadiran beliau turut dikongsi akaun twitter rasmi Malaysian Airports (gambar).

Penerbangan MH370 berlepas ke Beijing dan dilaporkan hilang awal pagi Sabtu lalu. Pesawat Boeing 777-200ER itu membawa 239 orang penumpang termasuk anak kapal. Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.  – Roketkini.com