Berita

DAP tuntut laksana segera reformasi sistem pengangkutan

KLUANG 14 APR: Kekerapan berlakunya kemalangan maut melibatkan kenderaan bas merisaukan rakyat Malaysia. Justeru, reformasi sistem pengangkutan dan keselamatan perlu dilaksana seberapa segera demi menyelamatkan lebih ramai nyawa.

Demikian menurut kenyataan Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Kluang dalam reaksi terhadap dua kemalangan bas yang serius pada 12 April baru-baru ini, iaitu satu di Bentong, Pahang dan di Kulai, Johor.

Kemalangan bas ekspres dua tingkat yang membawa 68 orang penumpang telah terbalik di KM11 Jalan Bentong – Raub semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru. Dalam kemalangan ini, 3 penumpang mati dan 65 yang lain cedera.

Kemalangan ini berlaku berhampiran dengan lokasi kemalangan dahsyat di Genting Highlands yang mendakwa 37 hidup pada bulan Ogos 2013 yang lalu.

Menurut Chin Tong lagi, dalam tempoh lapan bulan selepas tragedi bas terjunam di kawasan cerun Genting , sekurang-kurangnya terdapat 14 lagi kemalangan bas yang serius seperti yang dilaporkan oleh media di seluruh negara, statistik ini mengakibatkan 16 kematian dan mencederakan 149.

Merujuk kepada Laporan Kemalangan Genting baru-baru ini, telah mencadangkan agar bas dua tingkat / dek tinggi adalah dilarang kerana kenderaan tersebut sangat tidak stabil atas faktor ketinggian dari jalan raya.

Laporan Genting juga mencadangkan agar Jabatan Kerja Raya menjalankan audit keselamatan jalan raya di semua jalan berbukit. Turut disyorkan adalah latihan dan pemetaan jalanraya/kawasan yang boleh dikenalpasti mempunyai risiko yang melibatkan di pelbagai jalan raya.

Panel Penasihat Bebas Laporan Kemalangan Genting juga mencadangkan agar perlesenan kenderaan awam dan pemeriksaan bas perlu penelitian yang lebih terperinci lagi kerana mendapati wujudnya kelemahan struktur dalam proses-proses tersebut.

Sebagai contoh, latihan bas jenis dua tingkat/dek tinggi dalam proses perlesenan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD) tidak mengambil kira faktor keadaan jalan raya apabila memberikan lesen bas jenis tersebut.

“Saya menyeru Kementerian Pengangkutan untuk mengambil secara serius cadangan Laporan Kemalangan Genting, demi untuk mencegah berlakunya bencana berulang kali.” – Roketkini.com