Berita

DAP umum calon Bukit Gelugor Sabtu ini

GEORGETOWN, 6 MEI: DAP akan mengumumkan calon untuk pilihanraya kecil Bukit Gelugor pada hari Sabtu ini.

Serentak dengan pengumuman itu, pusat operasi utama DAP di Jalan Masjid Negeri akan dilancarkan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pilihanraya DAP Pusat dan DAP Pulau Pinang yang diadakan pagi tadi.

“Calonnya adalah daripada DAP. Tak timbul calon dari parti lain,” jelasnya apabila disoal wartawan dalam sidang media di ibu pejabat DAP tengah hari tadi.

PRK Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian Pengerusi DAP Karpal Singh baru-baru ini.

Penamaan calon akan diadakan pada Isnin 12 Mei manakala hari mengundi adalah pada 25 Mei. – Roketkini.com