Berita

UMNO-BN kacau program Buku Jalanan Teluk Intan yang menampilkan Dyana

TELUK INTAN, 26 MEI: Belum pun bermula program “Berselfie” anjuran Buku Jalanan Teluk Intan, UMNO-BN telah membuat kacau dengan memasang pembesar suara hanya 10 meter dari lokasi program.

_DSC2823Salah seorang daripada mereka datang ke arah penganjur memberi amaran bahawa program di Menara Condong itu tidak boleh dikatakan kerana UMNO-BN telah menyewa tapak sehingga 31 Mei.

“Awak jangan nak buat program macam-macam. Saya sewa tapak dekat sini.

“Jangan nak berpolitik, benda ni sensitif,” tegasnya.

Sejurus kemudian, pihak Sukarelawan UMNO-BN terus menghalakan pembesar suara ke arah tapak lokasi Buku Jalanan Teluk Intan dan menyampaikan ucapan provokasi.

“Kami tidak menolak Dyana Sofea tapi sangsi dengan agenda DAP yang menjadikannya sebagai patung untuk merosakkan bangsa,” kata seorang sukarelawan UMNO-BN yang mendakwa beliau adalah pelajar dari UiTM. -Roketkini.com