Berita

Forum ‘rombakan kabinet’ di KLSCAH, Khamis ini

KUALA LUMPUR, 7 JULAI: Orang ramai dijemput bersama-sama menyertai forum bertajuk ‘Cabinet reshuffle: Will the new Ministers be effective?’ yang bakal diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), Jalan Maharajalela pada hari Khamis, 10 Julai ini.

Acara yang bermula 8 malam hingga 10.30 malam itu menampilkan tiga panel; Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong, Penyelidik Penang Institute (PI) Wong Chin Huat dan Naib Presiden Gerakan Profesor Dominic Lau Hoe Chai.

Forum mengupas rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 25 Jun lalu yang akhirnya menjadi ‘pengembangan kabinet’, menyaksikan penambahan tiga menteri dan tiga timbalan menteri.

Penambahan itu menjadikan kabinet kali ini adalah terbesar dalam sejarah, dengan 37 jawatan Menteri penuh dan 28 Timbalan Menteri

Apakah saiz menjadi faktor penentu? Adakah rakyat lebih mementingkan prestasi dan kecekapan, atau pun bilangan menteri di dalam kabinet?

Apakah pula dampaknya kepada rakyat? Semua itu bakal dijawab ketiga-tiga panel, menurut sudut pandang masing-masing nanti.

Forum dianjurkan oleh badan penyelidik Research for Social Advancement (Refsa) bersama-sama jawatankuasa sosio-ekonomi KLSCAH dan Malaysiakini.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada [email protected] atau hubungi 03-92855808. Masuk adalah percuma. – Roketkini.com