Berita

DAP junjung tinggi kesaksamaan gender

SUBANG,, 14 DIS: Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, DAP menjunjung tinggi kesaksamaan gender terutamanya hak wanita, dan ia diperkukuh melalui penetapan dasar parti melalui penetapan 30 peratus kuota golongan itu dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

“Kita lihat Ketua Wanita UMNO Datuk Shahrizat Jalil, beliau bukan saja gagal melaksanakan dasar berkaitan kesaksamaan gender, malah gagal menyakinkan kepimpinan UMNO tentang kepentingannya.

“Berbeza dengan DAP, apabila saya cadangkan mengenai kuota wanita dan kesaksamaan gender dalam CEC, bukan sahaja Anthony Loke, Guan Eng dan Ramasamy tapi semua kepimpinan bersetuju.

“Jika kamu mahu bercakap soal kesaksamaan gender, inilah dia satu-satunya parti yang menjunjung tinggi hak asasi manusia tersebut, tidak ada lainnya,” katanya disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Laporan dikeluarkan Jurang Gender Sedunia 2014 oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) menunjukkan bahawa Malaysia telah turun dari tangga 102 pada tahun 2013 kepada 107 tahun ini.

November lalu, Nie Ching mendedahkan meskipun skor keseluruhan tidak berubah, Malaysia mengalami kemorosotan kesaksamaan gender berikutan skor pengupayaan politik dari 0.053 kepada 0.052, jauh berbeza berbanding tahun pertama laporan ini diterbitkan pada 2006 dengan skor 0.056.

Indonesia di bawah kepimpinan Joko Widodo (Jokowi) telah lapan menteri penuh wanita menyenaraikan dari 34 kementerian, meningkat 100 peratus berbanding era pentadbiran Susilo Bambang Yudhoyono.

“Malaysia bukan saja jauh ketinggalan dari segi jumlah menteri wanita, tetapi juga ketinggalan dari segi kepentingan jawatan yang diamanahkan kepada wanita,” ujar Nie Ching.