Berita

Banjir: DAP Johor aktifkan 13 pejabat ADUN, selaras bantuan

JOHOR BAHRU, 27 DIS: Memandangkan keadaan banjir yang semakin buruk di seluruh negara, DAP Johor mengambil inisiatif menubuhkan Jawatankuasa Khas Penyelamatan Banjir sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan buruk, apatah lagi negeri Johor juga turut mula dinaiki air.

Pejabat DAP Johor dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan, Jawatankuasa Khas Penyelamatan Banjir ditubuhkan di 13 pejabat wakil rakyat DAP khusus bagi tujuan mengumpulkan sumbangan orang awam untuk diagihkan kepada mangsa banjir di tempat-tempat yang memerlukan.

“Bermula dari 29 hingga 30 Disember ini, sebanyak 13 pejabat wakil rakyat DAP akan dibuka untuk tujuan mengumpul barangan sumbangan seperti biskut, mee segera, beras, susu tepung, tuala wanita, pampers, ubat dan sebagainya.

“Keutamaan barang sumbangan yang diberikan oleh orang awam akan disalurkan terlebih dahulu kepada mangsa-mangsa banjir dalam negeri Johor sendiri sekiranya keadaan bencana bertambah buruk.

“Walaubagaimanapun, semua barang akan dihantar terus ke pantai timur sekiranya keadaan di negeri Johor dapat dikawal,” kenyataan Pejabat DAP Johor dipetik.

Sementara itu, orang awam turut digalakkan untuk menyumbang dalam bentuk wang ke ‘Tabung Dana Kecemasan’ menerusi nombor akaun Ambank: 8881002244649. – Roketkini

Senarai Jawatankuasa Khas Penyelamatan Banjir DAP Johor adalah seperti berikut:

Pengerusi: Gan Peck Cheng
Naib Pengerusi: S. Ramakrisnan, Tan Chen Choon
Setiausaha: George Poh Eng Guan
Bendahari: Chua Wee Beng
AJK: Mazir Ibrahim (Barat Daya Johor), Lim Eng Guan (Utara Johor), Ee Chin Li (Barat Laut Johor), Wong Shu Qi (Tenggara Johor) and Ng Siam Luang (Selatan Johor).

13 pejabat wakil rakyat yang diaktifkan untuk mengumpul barangan sumbangan:

Pusat Komuniti Senai
779, Jalan Teratai 36/9, Taman Indahpura. 81400. Senai. Johor
No Tel: 016-7763627

Pusat Komuniti Kluang
33, Jalan Tasik 1, Pusat Perniagaan Tasik, 86000 Kluang, Johor
No Tel: 07-7779758

Pusat Komuniti Chaah
No. 112, 1st Floor, Jalan Segamat. 85300 Labis. Johor.
No Tel: 07-9252379

Pusat Komuniti Jementah
No 9, Taman Sri Permatang, 85200 Jementah, Johor
(2.30pm – 6pm)
No Tel: 07-9471458

Pusat Komuniti ADUN Tangkak
No 27, Jalan Kemajuan, Off Jalan Payamas, Tangkak, 84900 Ledang, Johor.
No Tel: 012-6831477

Pejabat DUN Penggaram
42A, Jln Omar, 83000 Batu Pahat, Johor.
(1pm – 8pm)
No Tel :07-4315596, 0177281294

Pusat Komuniti Yong Peng
6A, Jalan Madu1, Taman Madu. 83700. Yong Peng. Johor.
No Tel: 019-7744916

Pusat Komuniti Pontian
20, Jalan Bakek Jaya Utama, Taman Bakek Jaya, 82000 Pontian.
No Tel: 07-6862429

Pejabat Ahli Parlimen Kulai
21-A, Jalan Tropika 1, Taman Tropika, 81000 Kulaijaya, Johor.
No Tel: 016-9481126

Pusat Komuniti DUN Johor Jaya
20, Jalan Rosmerah 3/2, Taman Johor jaya. 81100. Johor Bahru.
No Tel: 07-3504466, 0167726276

Pusat Komuniti Stulang
10A Jalan Maju, Taman Maju Jaya, 80400 Johor Bahru, Johor
No Tel: 07-5127 652

Pejabat Ahli Parlimen Gelang Patah
35A, Jalan Medan Perintis 7, Taman Nusa Perintis 2. 81550 Gelang Patah, Johor
Tel: 03-9200 5000

Pusat Komuniti Pengkalan Rinting
119A, Jalan Nusa Bestari 2 (2/2), Taman Nusa Bestari 2. 79150 Nusajaya, Johor
No Tel: 07-5596 695