Berita

Kit Siang ziarah Nik Aziz, bantu mangsa banjir Kelantan

LKS_banjir_KBKOTA BHARU, 28 DIS: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang meluangkan masa menziarahi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Kit Siang ditemani Timbalan Presdien PAS, Mohamad Sabu yang turut serta dalam penyerahan bantuan banjir Kelantan pagi ini.

Dalam kiriman Kit Siang di laman mikro twitter, beliau dimaklumkan oleh bekas menteri besar itu bahawa bencana banjir yang berlaku kali ini adalah antara terburuk, dan tidak pernah dialami sepanjang 23 tahun Kelantan dibawah pentadbiran Nik Aziz.

Kit Siang turut meluangkan masa melihat keadaan sekitar bandar Kota Bharu dan melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki, yang kini diubah menjadi pusat pemindahan.

“Mereka yang dipindahkan ke sini disediakan keperluan asas dan makanan, tetapi sudah tentu keadaan tidak sama seperti di rumah.

“Semua orang berharap banjir akan reda, supaya mereka boleh kembali ke rumah mereka,” tulisan Kit Siang dipetik dari laman Facebooknya.

LKS_lawatanSementara itu DAP Selangor masih meneruskan usaha kutipan derma dan pengumpulan sumbangan bantuan banjir sehingga Selasa, 30 Disember 2014.

Orang ramai, dermawan dan sukarelawan yang ingin menyerahkan bantuan boleh berbuat demikian di tiga pusat sehenti disediakan DAP Selangor di lokasi berikut:

1. Ibu pejabat DAP Selangor,
No. 24, Jalan 20/9, Paramount Garden,
46300 Petaling Jaya.
Masa: 10.30 pagi hingga 4.00 petang

2. Dewan Orang Ramai Kg Baru Balakong,
Jalan KB 2 / 12a, Kampung Baru Balakong,
43200, Seri Kembangan,
Masa: 8:00 pagi hingga 10.00 malam

3. Pusat Khidmat Kinrara
5-2 Jalan Cenuk 2, Off Jalan Puchong Bt10.
Masa: 10.00 pagi hingga 5:00 petang

tabung banjir (bm-chinese)Mereka yang ingin menderma wang tunai, kotak derma akan disediakan di pusat pengumpulan, manakala cek sumbangan boleh dibuat menerusi akaun bank 8881002244649 (AMBANK) atas nama ‘Tabung Dana Kecemasan’. – Roketkini.com