Berita

Mengenal ideologi sosial demokrasi, antara menarik dalam The Rocket BM Jan 2015

KUALA LUMPUR, 29 DIS: Akhbar The Rocket edisi Bahasa Melayu (BM) keluaran Januari 2015 mengajak pembaca mengenali ideologi Sosial Demokrasi (Sosdem) yang menjadi pegangan parti DAP.

Pada siri pertama kali ini, pembaca diberi penerangan lanjut tentang bagaimana ideologi Sosdem yang menjadi panduan politik DAP dilaksanakan dalam bentuk pentadbiran di Pulau Pinang

Falsafah sosialisme suatu ketika dulu (dan juga sekarang) menjadi pegangan tokoh-tokoh besar kemerdekaan sama ada di Indonesia, Malaya, dan Kepulauan Borneo.

Menerusi rencana bersiri ‘Apa itu sosial demokrasi’, pembaca akan dipandu untuk mengenali asal-usul kenegaraan Malaysia.

Di muka surat 8, 9, 10, dan 11, The Rocket BM merakam liputan penuh Persidangan DAP 2014, termasuk pindaan perlembagaan yang menetapkan kuota 30 peratus wanita di dalam Jawatankuasa eksekutif Pusat (CEC).

Antara perbahasan menarik dalam Persidangan DAP 2014 antaranya ulasan pindaan perlembagaan untuk menjadikan parti ini ke hadapan dalam usaha membawa dimensi baru berpolitik.

Tidak lengkap sekiranya pembaca tidak menelaah analisa isu yang turut terpapar dalam akhbar keluaran kali ini.

Antara wacana menarik dikupas penulis muda Tarmizi Anuwar dan Edry Faizal, mengenai sistem kelas dalam politik perkauman UMNO-BN dan hubungannya dengan suasana ekonomi Malaysia.

Manakala segmen budaya dalam edisi kali ini turut menarik, antaranya cerpen Italo Calvino dan tiga puisi untuk santapan imaginasi.

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan akhbar The Rocket versi Bahasa Melayu Januari 2015, hubungi mana-mana pusat khidmat wakil rakyat DAP berhampiran anda.

Atau hubungi ibu pejabat DAP Kebangsaan di talian 03-9200 5000, atau faksimili ke nombor 03-9200 7000. – Roketkini.com