Berita

Cadangan SPR tambah tujuh kerusi DUN Sabah beri kelebihan UMNO-BN

KOTA KINABALU, 17 JAN: DAP Sabah membantah keras taktik kotor Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan menambah tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui cadangan persempadanan baru yang menyebelahi UMNO-BN.

Naib Pengerusi DAP negeri Chan Foong Hin berkata, sekurang-kurangnya empat daripada tujuh kerusi dicadangkan di kawasalan selamat dan memberi kelebihan kepada UMNO-BN.

“Berdasarkan kepada lokasi kerusi tersebut, hanya Kota Marudu saja yang memperoleh jumlah undi pembangkang lebih besar dari BN pada PRU lalu,” kata Foong Hin, lapor Malaysiakini.

Pada 7 Januari lalu, Pengarah SPR Sabah Md Idrus Ismail memaklumkan pihaknya telah mengemukakan cadangan persempadanan baru untuk kelulusan

Difahamkan Sabah akan mendapat tujuh kawasan pilihan raya negeri baru iaitu Darau di Sepanggar, Mengkabong di Tuaran, Limbahau di Papar, Pandasan di Kota Belud, Sepagaya di Lahad Datu, Langkon di Kota Marudu dan Bukit Garam di Kinabatangan.

Jika cadangan tersebut diluluskan, Sabah yang sebelum ini memiliki 60 kerusi DUN akan meningkat kepada 67 kerusi.

Beliau turut menjangkakan usul penambahan kerusi tersebut akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri April ini.

Foong HIn yang juga Adun Sri Tanjong menegaskan beliau tidak akan membenarkan persempadanan baru diluluskan dan menggunakan sepenuhnya tempoh bantahan selama 30 hari.

Jelasnya,, DAP akan menggerakkan jentera bagi mengumpulkan 100 pengundi di setiap kawasan yang terjejas sebagai bantahan. -Roketkini.com