Berita

Pusat harus contohi amalan CAT Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 24 JAN: Kerajaan UMNO-BN tidak mempunyai keazaman politik untuk menghapuskan ketirisan walaupun perkara tersebut berulangkali didedahkan Ketua Audit Negara (KAN), kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Guan Eng dalam ucaptama forum yang dianjurkan Institut Penang semalam menempelak sikap pimpinan UMNO/BN yang tidak mengendahkan pendedahan demi pendedahan oleh KAN.

“Kerajaan tidak ghairah untuk mendedahkan korupsi, Sebaliknya ghairah untuk melakukan lebih banyak korupsi,” kata dalam forum ‘Audit kerajaan: Formaliti atau kebertanggungjawaban’ malam tadi.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Menurutnya, bukan sahaja Jabatan Audit Negara berperanan penting demi memastikan ketirisan dana rakyat diambil tindakan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus berperanan demi memastikan pentadbiran bersih, akauntabiliti dan telus.

“KIta harap akan ada ‘pahlawan terbilang; dari Jabatan Audit Negara yang mampu ‘menyembelih; ‘drakula’ korupsi ini, sebelum mereka menghisap semua dana perbendaharaan negara hingga kering,” tegas Setiausaha Agung DAP itu.

“Ramai orang yang tertanya-tanya, bila SPRM boleh berdiri teguh jadi seperti Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (CAC)

“Bukan saja pendedahan KAN, SPRM sentiasa gagal menjawab isu-isu serius akauntabiliti awam.

“Lihat saja skandal kekayaan luar biasa keluarga mantan Ketua Menteri Sarawak, 1MDB dan PKFZ, atau skandal dana haram RM 1.4 trilion yang memanaskan negara dari 2003 hingga 2013.

“Penjenayah-penjenayah selalu terlepas tanpa hukuman.

“Dari 175 penjawat awam terlibat dalam salah laku seperti dlaporkan LKAN 2012, hanya seorang saja ditamatkan perkhidmatan walaupun 85 orang didapati bersalah.

“Kerajaan Pusat harus contohi amalan CAT Kerajaan Pulau Pinang.

“Bukan sahaja kami mendapat keputusan cemerlang namun setiap kali audit dilaksanakan dalam pentadbiran negeri, kami juga berjaya menambah hasil negeri dan dicatat paling tinggi di antara semua negeri,”kata Guan Eng. – Roketkini.com