Berita, Isu Semasa

Adakah Zahid akan menyambut Paul Phua?

KUALA LUMPUR, 2 JUN: Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini bertanya sama ada apakah Paul Phua akan disambut sebagai ‘hero’ dari Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berikutan pembebasannya oleh Amerika Syarikat.

zahid“Apakah dia akan disambut sebagai wira negara oleh Zahid Hamidi?” soal beliau dalam laman sosial Twitter peribadinya.

Paul Phua dilaporkan bebas apabila hakim di Amerika Syarikat menolak kes jenayah membabitkan dirinya.

Menurut laporan Bloomberg, penghakiman itu dibuat setelah mahkamah tidak membenarkan penggunaan bukti oleh AS.

Mahkamah juga memutuskan agar jet peribadi Phua bernilai RM177.45 juta berserta pasport beliau dikembalikan semula kepadanya.

Zahid sebelum ini pernah menulis surat kepada FBI untuk mempertahankan integriti Phua dan mendakwa raja judi itu telah beberapa kali membantu kerajaan dalam projek berkaitan keselamatan negara.

Julai tahun lalu, Phua bersama anaknya Darren, 22 dan dua lagi rakyat Malaysia telah ditahaFBIn di Las Vegas berikutan penglibatan mereka dengan rangkaian perjudian haram membabitkan pertaruhan berjuta-juta dolar dalam perlawanan Piala Dunia.

Phua, 50, bekas pengendali perjudian kelas atas di Sands Casino Macau, dituduh bersama yang lain menjalankan satu skim pertaruhan melalui wifi dan talian DSL dengan meminta pekerja kasino memasangnya di suite mereka di Caesars Palace di sini.

Hakim AS Andrew Gordon menyatakan, keputusan ini langsung tidak dijangka.

Minggu lalu, hakim mengekalkan cadangan majistret sebelum ini untuk menolak bukti-bukti yang diperoleh dari pegawai FBI daripada tiga suite eksklusif di Caesars Palace.

Keputusan itu menjadikan bahan bukti kerajaan tidak lagi kukuh. – Roketkini.com