Berita, Isu Semasa

Bung Moktar rasa terancam demo wanita

KUALA LUMPUR, 17 JUN: Ahli Parlimen BN Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin sekali lagi menampakkan keangkuhannya ketika mengulas sekumpulan orang awam yang mengadakan perhimpunan aman di depan rumahnya.

Pemimpin seksis itu menegaskan, tindakan sekumpulan wanita itu kononnya mengancam keselamatan keluarga beliau.

demo wanita“Nasib saya tidak ada. Kalau saya ada mungkin ada yang mati. Jangan cabar saya. Ini saya tidak temberang, cuba kalau mahu. Jangan cabar saya,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas meminta laluan ketika Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sedang berhujah di parlimen.

Bung Moktar malah memarahi Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian supaya tidak campur.

Dilaporkan, Bung Moktar membuat laporan polis berhubung tindakan perhimpunan dikepalai Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin itu.

Sebelum ini, Bung Moktar pernah menggelar Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang sebagai Mak Lampir, namun tiada tindakan disiplin dikenakan terhadapnya.

Pagi tadi Zuraida bersama 50 orang lagi mengadakan perhimpunan bagi membantah kenyataan Bung. – Roketkini.com