Berita, Isu Semasa

Tergamak ISMA menyesatkan Pak Samad

GEORGETOWN, 27 JUN: Fahaman taksub Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) semakin menyerlah apabila mereka tergamak menghina Sasterawan Negara A Samad Said dengan menyifatkan tokoh itu sebagai sesat hanya kerana menjadi ahli DAP.

syerleena Menurut Setiausaha DAPSY Bukit Bendera Syerleena  Abdul Rasyid ketaksuban kumpulan pendesak Melayu itu  tidak selari dengan Islam yang penuh kasih-sayang dan  mementingkan keadilan.

“ISMA sentiasa menguar-uarkan kononnya mereka juara  dalam memperjuangkan orang Melayu beragama Islam,  namun cemuhan terhadap Pak Samad langsung tidak  selari dengan ajaran agama,”ujar beliau

Syerleena menambah DAP yang dipilih Pak Samad sebagai wadah perjuangannya, bukanlah parti cauvinis Cina dan sentiasa menerima ahli dari pelbagai kaum dan agama.

“DAP tidak akan sesekali mendiskriminasi orang lain berdasarkan kaum dan agama, DAP berpegang dengan kesamarataan dan meritokrasi warga Malaysia,

“Kemasukan Pak Samad ke DAP membuktikan jalan perubahan dalam negara semakin jelas, dan ini sangat menakutkan puak pentaksub,” ujarnya lagi.

“Malaysia harus menyeru agar kerajaan menolak kewujudan organisasi yang mempermainkan institusi demokrasi,” katanya.

ISMA dalam portal beritanya sebelum ini melaporkan presidennya Abdullah Zaik menuduh Pak Samad sebagai seorang yang tua yang telah memilih jalan kesesatan dengan menyertai DAP.

Tidak berhenti setakat itu, beliau turut menggambarkan Sasterawan Negara itu seolah-olah tidak mendapat hidayah kerana memilih DAP.

Namun, Abdullah tidak pula mengatakan di manakah hidayah yang dimaksudkan.- Roketkini.com