Berita

Wacana pimpinan DAP Pulau Pinang kukuh komitmen pasca-Pakatan

GEORGE TOWN, 18 OGOS: Menentukan hala tuju perjuangan dengan mengambil kira realiti politik semasa menjadi teras perbincangan Wacana Pimpinan Negeri DAP Pulau Pinang.

penang wacana3Dalam pertemuan tertutup sehari di sini Ahad lalu, wacana tersebut mengulangi pengukuhan komitmen DAP untuk berjuang demi rakyat melalui gabungan politik baru bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang sudah tiada.

Seramai 70 pimpinan yang terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-ahli Majlis, dan Ahli-ahli Jawatankuasa Negeri telah mengambil bahagian dalam wacana tersebut.

Tirai wacana dibuka dengan ucapan perasmian oleh Pengerusi DAP Negeri, Chow Kon Yeow, dan diikuti dengan ucapan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggulung sesi yang turut dihadiri oleh pemimpin Gerakan Harapan Baru, Mohamad Sabu, yang menerangkan kepada wacana tentang jalinan kerjasama gabungan politik yang baru.

penang wacana2Wacana tersebut turut membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan Pulau Pinang, khususnya berhubung dengan fitnah-fitnah yang diguna pakai oleh Barisan Nasional dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tertentu.

Semua perkara yang telah dibangkit secara terbuka, dibahas dan dipersetujui bersama.

Sesi latihan peranan juga dikendalikan bagi membolehkan para peserta meninjau keperluan setiap lapisan masyarakat yang pelbagai Pulau Pinang untuk membolehkan parti dapat berkhidmat lebih baik untuk warga negeri. – Roketkini.com