Berita

Air mata keluarga miskin India saat terima sumbangan DAP

KUALA LUMPUR 2 NOV: Seramai 40 keluarga miskin menerima sumbangan pelbagai syarikat swasta hasil kesungguhan DAP Kluang menjalankan program pintu ke pintu sempena menjelang sambutan Hari Deepavali tidak lama lagi.

Ahli Undangan Dewan Negeri (Adun) Mengkibol, Tan Hong Pin, berkata sumbangan bernilai RM70 setiap keluarga itu diharap dapat membantu mereka memeriahkan sambutan berkenaan.

WIRA2585.JPG-samypulai al sabapathy (28)“Ini kelangsungan beberapa siri lawatan dan pemberian sumbangan fakir miskin yang dijalankan sejak beberapa tahun lalu

“Tahun ini agak istimewa kerana beberapa syarikat tempatan dan individu bermurah hati menghulur sumbangan, malah turut sama turun padang dalam program itu,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Pusat Komuniti Kluang dan Pejabat Adun Mengkibol menjalankan program lawatan pintu ke pintu dan pemberian sumbangan fakir miskin sempena sambutan perayaan itu.

Turut menyertai, Ketua Pemuda DAP Kluang, Pua Meng Jiann; aktivis parti, Gunasekaran Segeran dan wakil Ahli Parlimen Kluang, Wira Andika Abdul Halim.

Antara syarikat swasta yang menghulur sumbangan ialah VMS Usaha Trading, . Paaru Beauty Saloon, Tanjung Jaya Trading, Nice Way Agency, Ananthan Enterprise dan V Ravi Enterprise.

WIRA2877.JPG-amutha ap ganasin (21)Antara sumbangan ialah kain veddi, kain sarung wanita, sos cili pes, makanan kering seperti mihun dan mi segera, susu pekat dan belacan.

“Sos cili pes dan belacan adalah produk komuniti India Kluang keluaran kilang kami. Bila kami sumbangkan barangan ini, kami rasa senang hati kerana menyumbang kepada orang tempatan,” kata Manivanan daripada VMS Usaha Trading.

Sebahagian penerima terharu, malah mengalir air mata ketika menerima sumbangan berkenaan.