Berita

12 pemimpin Dayak di Sarawak sertai DAP

KUCHING 2 NOV: Selepas kelompok anak muda, golongan intelektual dan masyarakat orang Asli menyertai DAP kebelakangan ini, kali ini seramai 12 pemimpin Dayak dari pelbagai latar belakang menyertai parti itu, semalam.

Mereka ialah Paul Anyie Raja yang juga bekas calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus, Ali Basah Kesing (bekas calon PKR DUN Belaga), Manjah Frankie Bendindang (bekas calon PKR DUN Baleh), Richard Lias (bekas calon Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) DUN Ngemah).

dayaik112189985_10153289751901588_38621797137495443_nSelain itu, Philip Tero ialah bekas pegawai kanan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Baba Emperan (ahli perniagaan dari Bintulu), Douglas Alau (bekas Setiausaha Eksekutif Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan Edward Agung (bekas guru).

Turut sama, Robert Tella (bekas Leftenan Komander Tentera Diraja Laut Malaysia) dan Gabriel Ajan (bekas kakitangan Petronas) dan David Kalom (bekas timbalan pengarah sebuah badan berkanun).

Penyertaan mereka pasti mengukuhkan lagi sokongan rakyat terhadap DAP, apatah lagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Memetik Borneo Post, semua 12 orang itu sudah membuat pertimbangan teliti dalam pelbagai isu sebelum memutuskan untuk menyertai parti pembangkang terbesar di Bumi Kenyalang itu.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang turut hadir pada pengisytiharan penyertaan mereka dalam DAP bersama-sama Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen di ibu pejabat DAP Sarawak di Kuching.

dayas12196310_10153289752231588_5926662781589777047_nMereka turut menandatangani deklarasi ‘DAP Dayak Blueprint’ mengandungi tujuh perkara termasuk kepimpinan politik, reformasi tanah adat, identiti Dayak dan Perjanjian Malaysia 1963 bagi meningkatkan peranan mereka.

Paul Anyie berkata, masyarakat Dayak bukan sahaja dipinggirkan, bahkan dilupakan di Sarawak sedangkan hampir semua parti politik di negeri itu, disertai mereka tetapi kebanyakan pemimpin Dayak sedia ada gagal membela mereka.

Philip pula berkata, masyarakat Dayak menyokong Barisan Nasional (BN) sejak 52 tahun lalu tetapi mereka tetap disisihkan, sebaliknya percaya DAP mampu membantu situasi mereka