Berita

DAP lancar ‘Pantang Undur – Kempen Solidariti Bersama Kit Siang: Mana RM2.6 bilion?’

KUALA LUMPUR 10 NOV: Kempen ‘Pantang Undur – Kempen Solidariti Bersama Kit Siang: Mana RM2.6 bilion?’ dilancarkan bagi memberi penerangan kepada rakyat mengenai skandal 1Malaysia Delevopment Berhad (1MDB) dan ‘derma’ kepada Datuk Seri Najib Razak.

Pelancaran itu dibuat melalui sidang media di ibu pejabat DAP yang dihadiri Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Liew Chin Tong (Kluang), Teo Nie Ching (Kulai), selain beberapa pimpinan anak muda.

Melalui kempen yang dikendali Jawatankuasa Nasional diketuai Teresa manakala Jawatankuasa Kerja diketuai Edry Faizal Eddy Yusof, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dijadual mengadakan program jelajah ke seluruh negara yang bermula 5 November lalu.

Mengikut Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching, DAP mencetak 100,000 risalah dalam bahasa Melayu untuk memberi penerangan kepada rakyat mengenai skandal 1MDB termasuk memapar semula kenyataan Majlis Raja-raja berhubung isu itu.

IMG_20151111_110857Program kempen sudah digerakkan di Batu Pahat, Johor; Batu Gajah, Perak; Skudai, Johor, Plentong dan Stulang, Johor; Panchor, Johor; Kajang, Selangor dan Yong Peng dan Air Itam, Johor.

Pada 10 November, kempen itu diteruskan di Keningau, Sabah; Kota Kinabalu, Sabah (11 November), Sandakan, Sabah (12 November), Nibong Tebal, Pulau Pinang (21 November), Semenyih, Selangor (22 November), Lembah Jaya, Selangor (24 November), Mersing, Johor (28 November), Ipoh, Perak (30 November), Telemong, Pahang (2 Disember) dan Dusun Tua, Selangor (3 Disember).

Pada peringkat negeri, tiga pelancaran peringkat negeri sudah dijayakan iaitu di Georgetown, Pulau Pinang; Muar, Johor dan sekitar Sabah.

Pada 14 November ini, pelancaran kempen itu akan dibuat dalam acara Taiping flashmob, diikuti Malam malam DAP Subang, Selangor (15 November); ceramah di Alor Star, Kedah (26 November), Rumah Terbuka Deepavali di Nilai, Negeri Sembilan (29 November), Makan Malam DAP Triang, Pahang (2 Disember), Makan Malam DAP Miri, Sarawak (4 Disember) dan pelancaran di Kuala Lumpur.