Berita

Setengah abad tiada bekalan air, Impian Sabah bina paip bawah tanah

KENINGAU 12 NOV: Pasukan Impian Sabah memperuntuk RM110,000 untuk memasang paip bawah tanah sepanjang tujuh kilometer di dua perkampungan bagi membantu penduduknya mengatasi masalah bekalan air.

Projek di Kampung Linsosod, terketak kira-kira 20 minit perjalanan kereta dari pekan Keningau menelan kos sekitar RM30,000 manakala Kampung Dowokon di Pitas RM80,000 bagi membeli paip dan menampung kos pengangkutan.

Kedua-dua projek itu membolehkan sekitar 2,000 penduduk kedua-dua kampung itu menikmati bekalan air bersih selepas hampir setengah abad berdepan masalah ketiadaan bekalan air.

stephan wongPenyelaras Impian Sabah, Stephen Wong, berkata kedua-dua projek berkenaan disiapkan hasil usaha gigih 12 sukarelawan Impian Sabah dari Semenanjung dan dibantu penduduk tempatan.

Beliau kesal kerana Kampung Linsosod adalah kawasan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan tetapi keperluan penduduk langsung tidak diambil berat.

“Ini menunjukkan pimpinan kerajaan BN mengabai keperluan asas penduduk kampung sehinggakan bekalan air pun tidak dapat diberi,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Setakat ini, beliau berkata, Impian Sabah berjaya menjalankan enam projek membantu rakyat yang menelan kos RM500,000 hasil sumbangan pelbagai pihak

“Kita hulur bantuan tanpa mengira bangsa, warna kulit dan agama. Kutipan dari seluruh negara digunakan untuk membantu penduduk kampung supaya mendapat layanan sama rata dan hidup bermaruah,” katanya.

PROJEK DAP 02Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua pula berkata Impian Sabah akan menjalankan projek terbesar dengan membina paip bawah tanah melebihi 10 km di Keningau dengan kos RM200,000 untuk membekal sumber air kepada 1,500 penduduk di lima kampung.

Selain Pua, hadir sama perasmian projek itu ialah Setiausaha Organisasi DAP Sabah, Junz Wong; Bendahari DAP Sabah, Tan Lee Fatt; Pengarah Pendidikan Politik DAP Sabah, Ginger Phoong, Penolong Setiausaha Organisasi DAP Sabah, Henry Shim dan pemimpin DAP Keningau, Peter Saili.

Pua turut mempersoal kegagalan Ahli Parlimen BN sedangkan mereka mendapat RM1.5 juta peruntukan pembangunan manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menerima RM1 juta peruntukan pembangunan.