Berita

Kos pembinaan ‘berganda’ tinggi, siasat projek Hospital Petra Jaya

SARAWAK 7 DIS: Jabatan Audit Negara didesak menjalankan audit ke atas projek pembinaan Hospital Petra Jaya, Kuching bernilai RM495 juta berikutan kosnya terlalu tinggi, malah mencadangkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) turut membuat siasatan.

Sedangkan, Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan Kok Ping, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada Februari 2010 pernah mengatakan kos pembinaan sesebuah hospital sepatutnya dalam lingkungan RM500,000 setiap katil.

Justeru, beliau berkata, kos pembinaan hospital berkapasiti 300 katil itu seharusnya dalam lingkungan RM1.65 juta, bukan RM495 juta sekaligus menimbulkan persoalan mengenai pembaziran RM345 juta.

“Mengambil kira kelemahan nilai ringgit, iaitu RM3.4/USD berbanding RM4.2/USD, kenaikan 23 peratus secara kasar, kos pembinaan sepatutnya sekitar RM184.50 juta sahaja. Itupun kelebihan RM310.5 juta,” katanya.

Julian Tan Kok PingKok Ping berharap kos itu tidak bertambah lagi pada masa depan sekaligus mengelak berulang kenaikan kos membina Sarawak International Medical Center (SIMC), dari RM374.12 juta kepada RM534.38 juta yang didedah Laporan Ketua Audit Negara.

Menegaskan pembinaan lebih banyak hospital di Sarawak dialu-alu bagi mengatasi beban di Hospital Besar Sarawak (SGH), beliau bimbang situasi SMIC berlaku dalam pembinaan Hospital Petra Jaya.

“Bayangkan pembaziran RM160.26 juta dalam kes SMIC, penjimatan RM345 juta dalam kes Hospital Petra Jaya, berapa alat perubatan baru dapat dibeli?

“Ini penting kerana SGH sekarang mengalami krisis kekurangan alat perubatan dan dalam keadaan uzur. Misalnya, mesin radiotherapi uzur dan kerap rosak dan proses membaikinya mengambil masa lebih seminggu.

“Ini tidak boleh diterima. Bayangkan kesengsaraan yang dihadapi pesakit dan keluarga mereka,” katanya.