Berita

Anak muda tentukan masa depan 50 tahun DAP

SEREMBAN 10 DIS: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyeru ahli parti itu supaya memikirkan perancangan terbaik untuk membawa parti berkenaan menjadi lebih maju untuk 50 tahun akan datang.

SUFI3968“Kita harus pandang ke hadapan untuk 50 tahun akan datang, di mana kita akan berada? Adakah kita akan terus menjadi pembangkang? Atau berjaya membentuk kerajaan?

“Segalanya harus dijawab oleh generasi muda DAP yang bakal mengalas tugas untuk memajukan parti,” kata Ahli Parlimen Bagan itu pada pelancaran Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-50 DAP di sini, malam tadi.

Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai pula menyifatkan majlis berkenaan turut bertujuan merai jerih payah pemimpin veteren parti dalam memastikan parti itu kekal releven.
SUFI4088“Kejayaan parti memperjuang hak rakyat banyak didorang veteren DAP. Saya menyeru supaya anak muda khususnya ahli parti supaya meneruskan perjuangan pimpinan terdahulu,” katanya.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook berkata, Negeri Sembilan menjadi tuan rumah pelancaran sambutan kerana di negeri inilah bermulanya sejarah pembentukan DAP yang diasaskan Dr Chen Man Hin.

“Saya berbangga kerana dapat berkhidmat di Seremban kerana di sinilah bermulanya perjuangan DAP dalam memperjuang demokrasi,” katanya Ahli Parlimen Seremban itu.