Berita

Pelancaran ulang tahun ke-50 DAP sederhana tapi meriah

SEREMBAN 8 DIS: Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-50 DAP berlangsung sederhana tapi meriah malam tadi dengan dihadiri lebih 500 ahli dan pemimpin parti itu.

SUFI3851Antaranya ialah Penasihat Seumur Hidup DAP, Chen Man Hin Presiden DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha DAP, Lim Guang Eng, Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senawang, Gunasekaren a/l Palasamy.

Malah, dewan menjadi gamat apabila hadirin memberi tepukan gemuruh sewaktu pengerusi majlis mengumumkan ketibaan Man Hin yang juga pengasas bersama DAP.

Meskipun hujan renyai, ia tidak mematahkan semangat hadirin untuk hadir ke majlis pelancaran itu bagi mendengar ucapan pimpinan atasan parti.

Selain itu, hadirin juga dipersembah dengan tayangan slide-show gambar perjuangan ahli veteren DAP.

SUFI3754Majlis turut dihiburkan dengannya lagu internasionale yang digubah liriknya dengan pelbagai bahasa dan dinyanyikan kumpulan koir Democratic Action Party Socialist Youth (DAPSY).

Tidak ketinggalan, nyanyi rap yang disampaikan Edry Faizal Yusof, penyelaras Roketkini.

Pada akhir majlis, semua pimpinan tertinggi diajak ke pentas bagi merasmikan majlis bersejarah itu dengan merayakan ulang tahun ke-50 penubuhan DAP pada 1954.