Berita

Pemuda Pakatan Harapan bantu murid ke sekolah, dengar rungutan penduduk

TUMPAT 23 DIS: Pemuda Pakatan Harapan membantu 14 anak penduduk Kampung Kedai Geting di sini,untuk kembali ke sekolah dengan membawa mereka membeli pakaian, kasut dan beg sekolah.

Ia berikutan rata-rata penduduk kampung adalah nelayan, selain menyara kehidupan dengan membuat rumah dan kerja kampung lain manakala golongan wanita melakukan kerja pemprosesan ikan masin dan ikan bilis.

IMG-20151223-WA0016Mereka turut membangkitkan pelbagai isu sepanjang lawatan aktivis DAP Young Syefura Othman atau dikenali sebagai Rara dan rombongannya di sini, semalam dan kelmarin, antara lain berkaitan kenaikan harga barang akibat pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Selain itu, mereka merungut mengenai isu subsidi nelayan yang tidak diterima nelayan Gred A dan kelemahan pentadbiran semasa Kerajaan Kelantan.

IMG-20151223-WA0022Rombongan itu juga bersembang santai mengenai isu semasa negara skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion serta penerangan mengenai projek Impian Kelantan.

Selain bertukar cerita mengenai perkembangan politik Kelantan, rombongan itu juga memberi penjelasan sebenar dalam beberapa isu berkaitan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor.

Sambil bersama-sama menimati juadah tempatan, rombongan itu turut mengedar surat khabar Roketkini berbahasa Malaysia di sekitar kampung berkenaan.

Kehadiran rombongan berkenaan mendapat sambutan hangat daripada penduduk, malah memberi penghargaan atas sumbangan bagi pihak Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dan individu lain yang menjayakan lawatan mesra rakyat itu. – Roketkini.com