Berita

DAP bersama Pakatan Harapan santuni keluarga asnaf di sembilan kampung Dusun Tua

HULU LANGAT 28 DIS: Rombongan DAP bersama Pakatan Harapan menyantuni keluarga asnaf di sembilan kampung di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua di sini dengan menyumbang pelbagai keperluan khususnya peralatan persekolahan.

Mereka menyampaikan bantuan kepada 30 rumah keluarga asnaf, selain menyumbangkan sumbangan barang keperluan kepada 50 keluarga asnaf dan 100 bantuan beg sekolah, dalam program antara jam 9 pagi hingga 6 petang 25 Disember lalu.

IMG-20151227-WA0010Kampung itu ialah Kampung Sungai Tekali, Kampung Batu 14, Kampung Batu 16, Apartment Batu 18, Kampung Jawa, Kampung Orang Asal Paya Lebar, Kampung Perdik, Kampung Lubuk Kelubi dan Kampung Padang.

Selain menyampaikan bantuan sumbangan Kerajaan Selangor itu, Penyelaras DAP DUN Dusun Tua, Young Syefura Othman, berkata mereka juga beramah mesra dengan penduduk dan mendengar aduan serta masalah mereka, selain menziarahi golongan uzur.

IMG-20151227-WA0004Beliau berkata, antara aduan itu berkaitan kenaikan harga barang akibat cukai perkhidmatan dan barangan (GST), kemudahan asas seperti jalan bertar dan perkhidmatan perbankan.

“Mereka juga membangkitkan isu bantuan kemasyarakatan bagi sara hidup dan kesihatan serta pendidikan anak-anak seperti bantuan sekolah dan kelas tambahan.

“Rombongan ziarah mengambil peduli dan akan menyampaikan isu yang dibangkitkan kepada pihak berkenaan,” katanya pada kenyataan media, hari ini.