Berita

Kerajaan Pulau Pinang belanja RM41.6 juta untuk sekolah, pendidikan Islam

GEORGE TOWN, 21 MEI: Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang telah memperuntukkan RM41.6 juta kepada semua sekolah dan pendidikan agama Islam sejak mengambil alih pentadbiran negeri itu bermula tahun 2008.

Menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng, selain peruntukan tersebut, kerajaan negeri juga memberi tanah bernilai berjuta-juta ringgit kepada sekolah-sekolah tersebut.

“Sekiranya peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan negeri bagi pembiayaan program keagamaan Islam negeri Pulau Pinang dari tahun 2008 sehingga April 2016 merangkumi pengambilan tanah, maka peruntukan yang telah disediakan dalam tiga (3) tahun kebelakangan ini adalah melebihi RM50 juta setahun,” katanya dalam penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini semalam.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menjelaskan, kerajaan Pulau Pinang sejak 2008 telah memberi sumbangan tambahan (ex-gratia) RM50 sebulan kepada guru-guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA).

Pada tahun semasa tahun ini, katanya, kerajaan negeri menyalurkan RM930,000 kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk pembayaran ex-gratia kepada 1,550 guru KAFA.

Tambah beliau, kerajaan negeri juga mulai 2010 telah memperuntukkan dalam bajet tahunan pemberian bantuan khas kewangan/bonus kepada guru-guru KAFA, dan mulai 2012 telah menyediakan bajet untuk tujuan pemberian sagu hati Hari Raya Aidilfitri kepada guru-guru agama, tahfiz, pondok dan tadika Islam (Tadis).

Malah, menurutnya, kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan bagi membiayai kos membaiki, menaik taraf dan membina sekolah-sekolah agama di Pulau Pinang.

Katanya, keseluruhan peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan negeri untuk pembiayaan sekolah-sekolah agama di Pulau Pinang mengikut tahun adalah seperti berikut:

table