Berita

Cuaca panas tak halang 1000 peserta BERSIH banjiri Masjid Negara

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Cuaca panas tidak menghalang kira-kira seribu peserta BERSIH 5 pelbagai kaum membanjiri perkarangan Masjid Negara ketika ini.

Keadaan terkawal dan aman dengan kumpulan keselamatan BERSIH 5 berbaju unggu mengawal ketat pergerakan peserta. Gerombolan samseng UMNO Baju Merah tidak kelihatan meskipun dilaporkan media berkumpul di sini sejak semalam.

Turut kelihatan enam buah trak polis dengan kira-kira 50 anggota polis.

20 gerai yang menjual pelbagai makanan serta pakaian t-shirt BERSIH turut dikunjungi peserta.

Turut hadir beberapa ahli Majlis Peguam dan pihak SUHAKAM sebagai pemerhati.

Perhimpunan turut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 50 ahli Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK). Kehadiran mereka bagi membangkitkan kesedaran rakyat mengenai aktiviti pembalakan yang berlaku di negeri itu dan menuntut kerajaan yang bersih.

Penyanyi terkemuka negara, Aisah turut sempat menghibutkan hadirin dengan dendangan lagu Warisan.

Berita lanjut menyusul. – Roketkini.com