Berita

DAP tubuh biro parlimen Felda pertahan kepentingan peneroka

KUALA LUMPUR, 19 JAN: DAP telah menubuhkan sebuah biro parlimen bagi menjaga kepentingan peneroka Felda.

Penubuhan biro ini kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang bertujuan memberi sokongan kepada Ahli-ahli Parlimen DAP memperjuangkan kepentingan peneroka dari menjadi mangsa kepada dasar-dasar kurang berkesan serta tidak adil oleh kerajaan.

Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa biro parlimen Felda:

Pengerusi: Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri

Timbalan Pengerusi: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua

Naib Pengerusi:
Ahli parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
Adun Kuala Kubu Baru, Lee Kee Hiong

Setiausaha: Dyana Sofya

Ahli Jawatankuasa:
A. Sivanesan, Terence Naidu, Young Syefura Othman, Cheong Siow Foon, Bakar Ismail, Nurul Shifa, Mahadzir Ibrahim, A.Ramakrishnan, S.Veerapan, Leong Yu Man, Ahmad Rizal Selamat, Irene Tan dan Mohd Syafi’i Mazlan.

Dalam perkara berkaitan, Kit Siang berkata sehingga sekarang Felda masih tidak menyelesaikan segala kontroversi yang melanda agensi itu.

Ia termasuk pembelian 37 peratus pegangan dalam syarikat Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbk yang turut dikritik Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak.

“Namun kini, datang pula kontroversi baru apabila Felda menjual sahamnya di Maybank untuk memperoleh lebih RM280 juta,” ujarnya

Katanya, pelantikan Tan Sri Shahrir Samad sebagai pengerusi baru Felda juga tidak berjaya melegakan kebimbangan para peneroka apabila Felda menjual 35 juta unit saham kepada Maybank bagi meraih pulangan tunai sebanyak RM281.75 juta. – Roketkini