Berita

Akibat fitnah Jamal Yunos, pejabat Teresa Kok pula diserbu SPRM

KUALA LUMPUR, 31 MAC: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini diserbu beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pembantu khas Teresa, Edmund Teoh ketika dihubungi Roketkini mengesahkan perkara berkenaan.

Kedatangan pegawai agensi itu dipercayai berikutan laporan yang dibuat Ketua Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos terhadap Teresa pada 16 Mac lalu berhubung Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di bawah program Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP dalam satu kenyataan pada 12 Mac lalu menafikan sekeras-kerasnya tuduhan berkenaan dan bersedia untuk menyaman Jamal.

“Saya tidak pernah melakukan apa-apa penyelewengan dari segi pemberian wang ehsan. Pejabat Daerah Petaling mempunyai semua rekod penerima wang SMUE.

“Tuduhan palsu dan fitnah yang dilemparkan Jamal terhadap saya dan rakan-rakan parti pembangkang memang menunjukkan beliau telah bankrap dari segi idea dan isu politik terhadap kami,” katanya dalam kenyataan itu.

Berita lanjut menyusul. – Roketkini.com