Berita

Kem Membaca anjuran DAP Sook terus dapat sambutan baik masyarakat

SOOK, 7 OGOS: Kem Membaca anjuran DAP Sook dan Impian Sabah terus mendapat sambutan baik masyarakat setempat dengan penganjuran di Kampung Kebulu baru-baru ini.

Program selama tiga hari itu disertai oleh 55 kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun dengan tenaga sukarelawan Impian Sabah.

Penyelaras DAP Sook, Clare Simbat

Apa yang menarik dalam kem tersebut, peserta didedahkan dengan pendekatan kreatif dalam memupuk minat belajar dan membaca dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Penyelaras DAP Sook, Clare Taunek berkata, pendekatan tersebut digunakan untuk memberi pengalaman baru dan semangat kepada peserta untuk lebih berminat dalam pembelajaran.

“Kem Membaca yang dianjurkan ini disertai dengan aktiviti yang menyeronokkan dan membina semangat agar pelajar lebih fokus dan mampu belajar dengan lebih baik.

“Ini dapat dicapai dengan lebih mencungkil bakat bakat terpendam dan kemahiran mengikut minat seorang pelajar,” katanya yang juga Ketua Wanita DAP Pensiangan.

Menurutnya, walaupun umumnya kerajaan memberi pendidikan asas yang baik kepada kanak-kanak, kumpulan yang kurang cemerlang dalam pendidikan juga harus diberi keutamaan.

Selain Kem Pendidikan, DAP Sabah dengan kerjasama Impian Sabah juga telah melaksanakan pelbagai projek komuniti seperti pembinaan infrastruktur air graviti, jambatan dan sebagainya. – Roketkini.com