PUTRAJAYA, 7 OGOS: Mahkamah Persekutuan menerima rayuan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan memutuskan bahawa Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah tidak berperlembagaan.
Guan Eng yang ditemani isterinya Betty Chew kelihatan gembira di luar kamar mahkamah bersama-sama peguam, Gobind Singh Deo.
Seksyen 62 Akta SPRM memerlukan pihak pembelaan memfailkan pernyataan pembelaan terhadap pendakwaan yang dikemukan terhadapnya.
Seksyen tersebut juga memerlukan salinan dokumen-dokumen yang akan dikemukakan sebagai keterangan pembelaan diserahkan terlebih dahulu, sebelum perbicaraan bermula.
Mahkamah Rayuan hari ini mendapati bahawa peruntukan tersebut adalah bersalahan dengan Perenggan 5(1) dan 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan tentang kebebasan dan perlindungan setara di bawah undang-undang.
Justeru, perintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang supaya Setiausaha Agung DAP itu untuk memfailkan pernyataan pembelaannya sebelum perbicaraan bermula diketepikan.
Berita lanjut menyusul. – Roketkini.com