Berita

Mahkamah bebaskan Lim Guan Eng

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini membebaskan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah terhadapnya.

Selain Guan Eng, ahli perniagaan, Phang Li Koon juga dibebaskan daripada tuduhan tersebut.

Timbalan pendakwa raya Mohd Masri Daud terlebih dahulu memohon mahkamah supaya kedua-dua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan daripada dakwaan itu.

Walau bagaimanapun, hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan membebas dan melepaskan kedua-dua individu tersebut.

Menurutnya, permohonan membebas tanpa melepaskan itu tidak dapat diterima kerana pihak pendakwa sudah menarik balik tuduhan yang dikenakan; lapor Malaysiakini.

Guan Eng dan Phang sebelum ini berhadapan dakwaan kononnya wujud unsur rasuah dalam urusniaga pembelian rumah di Jalan Pinhorn, George Town dan penjualan tanah Taman Manggis pada 2016 dua tahun menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Berita lanjut menyusul. – Roketkini.com

Foto: Malaysiakini